SK Dumpar
Berilmu, Beramal, Usaha Dan Jaya
Berilmu, Beramal, Usaha Dan Jaya
Nov 26th
![]()
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
SK DUMPAR, MUAR
Hari: Isnin
Tarikh: 15 November 2010
Masa: 7:30 pagi
Tempat: Dewan Terbuka Al-Hassanah SK Dumpar, Muar.
TAHUN 1 GEMILANG
Mohd Ammar Azri Bin Mohd Ali
Tempat Pertama
Bahasa Melayu Lisan Terbaik
Bahasa Inggeris Terbaik
Bahasa Arab Terbaik
Syafiee Bin Mohd Ghazali
Tempat Kedua
Bahasa Melayu Pemahaman Terbaik
Sains Terbaik
Wan Nabihan Bin Wan Zainuddin
Tempat Ketiga
Matematik Terbaik
Mohd Hanafi Bin Malek
Pendidikan Islam Terbaik
Nuraini Hamizah Binti Hamzah
Murid Berpotensi
TAHUN 2 GEMILANG
Mohd Amirjat Bin Mohd Japri
Tempat Pertama
Bahasa Inggeris Terbaik
Matematik Terbaik
Wan Mohd Aiman Bin Wan Ahmad Bulkini
Tempat Kedua
Bahasa Melayu Pemahaman Terbaik
Mohd Zakuan Bin Zainol
Tempat Ketiga
Bahasa Arab Terbaik More >
Nov 11th
![]()
Syukur Alhamdullilah kepada Allah SWT yang telah mengatur setiap sesuatu dengan baik, tersusun dan cemerlang, sesuai dengan kata-kata “bukan senang nak capai 5A UPSR dan bukan mustahil boleh capai 5A, maka keputusan UPSR 2010, telah menunjukkan mutu pencapaian yang sangat gemilang.
Berkat kesungguhan SEMUA PIHAK maka SKDM telah berada di landasan yang sepatutnya, melepasi result 2008 dan 2009 dengan memperolehi 10 orang 5A, 4 orang 4A serta 70.68% lulus keseluruhan, telah menyuntik ‘inspirasi’ baru kepada Warga Pendidik SKDM. Maju terus SKDM!! Usah berlengah lagi, Jika KAU jatuh, bangun lagi!! dan jalan lagi.. hingga ke garisan penamatnya.
Hj Hamim Bin Hj Lahuri
Guru Besar,
SK Dumpar, Muar
11.11.2010 @ 4 Dzulhijjah 1431
Oct 14th
![]()

Pada hari khamis 14 Oktober 2010 telah berlangsung hari muamalat di Sekolah Kebangsaan Dumpar. Setiap pelajar telah diwajibkan membeli kupon bernilai sekurang-kurangnya RM5.00 untuk turut serta bebelanja di program hari muamalat ini. Beberapa sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Jalan Junid, Sekolah Menengah Maadhad dan Sekolah Sultan Abu bakar juga telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini.

Selain itu Jabatan Bomba juga telah dijemput untuk memberi penerangan tentang kebakaran dan demontrasi memadam kebakaran. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk menaiki jentera bomba serta dua buah motorsikal berkuasa tinggi milik Jabatan Bomba. Bagi ketua kelas pula telah mendapat satu pengalaman yang paling istimewa bilamana pihak Bomba telah membawa mereka menaiki jentera bomba dan dibawa keluar dari perkarangan sekolah.

Selain Jabatan Bomba, Jabatan Penjara dan Jabatan Kesihatan juga ada mengambil bahagian. Ujian pap smear diadakan secara percuma untuk wanita yang telah berumur. Jabatan penjara mempamerkan gambar-gambar hukuman sebat dan gantung yang agak menakutkan. Semoga pelajar dan tetamu mendapat kesedaran dari apa yang dipamerkan.