Tuan Pengetua mengacara majlis.
Pada hari khamis 14 Oktober 2010 telah berlangsung hari muamalat di Sekolah Kebangsaan Dumpar. Setiap pelajar telah diwajibkan membeli kupon bernilai sekurang-kurangnya RM5.00 untuk turut serta bebelanja di program hari muamalat ini. Beberapa sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Jalan Junid, Sekolah Menengah Maadhad dan Sekolah Sultan Abu bakar juga telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini.

Hari Muamalat 2010 SKDM
Selain itu Jabatan Bomba juga telah dijemput untuk memberi penerangan tentang kebakaran dan demontrasi memadam kebakaran. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk menaiki jentera bomba serta dua buah motorsikal berkuasa tinggi milik Jabatan Bomba. Bagi ketua kelas pula telah mendapat satu pengalaman yang paling istimewa bilamana pihak Bomba telah membawa mereka menaiki jentera bomba dan dibawa keluar dari perkarangan sekolah.

Jentera Bomba
Selain Jabatan Bomba, Jabatan Penjara dan Jabatan Kesihatan juga ada mengambil bahagian. Ujian pap smear diadakan secara percuma untuk wanita yang telah berumur. Jabatan penjara mempamerkan gambar-gambar hukuman sebat dan gantung yang agak menakutkan. Semoga pelajar dan tetamu mendapat kesedaran dari apa yang dipamerkan.

Klik untuk melihat gambar-gambar Hari Muamalat