Berilmu, Beramal, Usaha Dan Jaya
Guru Besar
![]()
Assalammualaikum w.b.h..
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, Sekolah Kebangsaan Dumpar Muar, berjaya membina Laman Web Sekolah dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK Pembangunan Laman Web sekolah ini kerana berjaya mencapai objektif mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Dato Abdullah bin Omar, Timbalan Pengerusi KFC Holding yang menjadi pemangkin kepada Jawatan Kuasa Kelab Komputer untuk bergerak dengan sumbangan 3 Set Komputer Multimedia.
Untuk pengetahuan semua, Kelab Komputer ini baru ditubuhkan pada bulan Februari 2001. Hasil usaha Jawatan Kuasa Kelab Komputer, Ibubapa, dan individu yang perihatin kelab ini berjaya memiliki 10 Set Komputer dan 4 Printer. Walau bagaimanapun pihak kami akan terus berusaha memperbanyakkan lagi set komputer untuk mencelik ‘IT’kan semua pelajar sekolah ini.
Saya sangat berharap dengan adanya Laman Web sekolah ini dapat membantu orang ramai khususnya ibubapa, mengenali dengan lebih dekat kekurangan dan kelebihan sekolah ini. Pihak kami akan terus mengemaskini data untuk maklumat semua.
Pihak kami juga mengadakan Buletin Sekolah melalui Laman Web ini bagi menyebarkan maklumat kepada semua dan memberi peluang kepada pelayar Laman Web untuk memberi Idea atau pandangan bagi memajukan pendidikan semua pelajar.
Akhir kata sekali lagi, saya ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan Laman Web Sekolah Kebangsaan Dumpar.
‘GURU CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG, MURID TERBILANG, ‘
Yang benar,
(TN. HJ. HAMIMĀ BIN HJ. LAHURI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Dumpar, Muar.






