Lencana Sekolah

Divider

lencana SK Dumpar

Bentuk lencana:
Lebih menyerupai tengkolok pahlawan atau hulubalang Melayu, yang menjadi lambing kekuatan dan keperkasaan seorang lelaki.

Bentuk lengkung di bawah:
Simbol kain selendang bagi serikandi Melayu di zaman dahulu yang mewakili kaum wanita.

Simbol api menyala:
Semangat juang yang tinggi dan berkobar-kobar dalam dalam meraih prestasi kejayaan yang diimpikan.

Simbol buku yang berwarna putih:
Betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan yang mesti dikuasai dengan niat yang bersih dan ikhlas.

Warna kuning:
Semangat berdikari dengan jatidiri yang tinggi.

Warna biru:
Menunjukkan semangat perpaduan, bersatu padu, kerjasama dan kekitaan yang tinggi dalam kalanagan warga sekolah

Berilmu Beramal:
Tuntutan kepada setiap insan yang berilmu agar mengamalkan apa yang telah dipelajari.

Usaha dan Jaya:
Barang sesiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh nescaya akan mendapat kejayaan.

No comments yet.
No trackbacks yet.