Kismad

Keterangan Program Kismad.

  • Program ini bermaksud makan kismis atau minum madu.
  • Telah dimulakan di sekolah ini sejak bulan julai 2003.
  • Program ini adalah merupakan program khas bagi semua murid tahun 6 UPSR.

Tintatif program ini.

  • Dijalankan setiap pagi selasa hingga jumaat jam 7.00 pagi.
  • Seelok-eloknya murid ada wuduk untuk keberkatan.
  • Guru memberikan setiap murid dengan bilangan kismis yang ganjil mengikut hari – 5,7,9 dan 11 biji.
  • Guru dan murid membaca istighfar, ayat Quran dan doa.
  • Setelah berdoa, kismis akan ditiup sebanyak 3 kali untuk mengambil berkat ayat dan doa yang dibaca.
  • Makan sebiji demi sebiji dengan tertib – tidak dibenarkan bercakap.

Turutan ayat-ayat yang dibaca.

  • Istigfar sekali atau dalam bilangan yang ganjil.
  • Membaca surah Al-Fatihah – sekali.
  • Membaca surah Ar-Rahman ayat 1-4 – sekali.
  • Membaca salawat biasa/fatih – sekali.
  • Membaca surah Al-insirah – sekali.
  • Membaca tiga Qul – sekali setiap Qul.
  • Membaca Al-Fatihah – sekali.Membaca Alif Laam Mim – sekali.
  • Membaca Lillahi Mafisamawatil Ardh – sekali.
  • Istighfar – 3 kali atau ganjil.
  • Berzikir kehadrat Allah SWT – 100 kali.
  • Berdoa dan bermunajat kepada Allah.

Intisari program kismad.

Mulai jam 7:00 pagi:

  • Murid berkumpul di dewan.
  • Kismis dibahagikan kepada setiap murid.
  • Membaca turutan ayat dan lain-lain.
  • Membaca doa munajat.

Jam 7:20 -7:30 pagi

  • Tazkirah & motivasi diri UPSR dan ingat mengingatkan.
  • Tasbikh kifarrah/ Surah Al-As / Salawat.
  • Masuk kekelas meneruskan P&P wajib.

Mengapa memilih KisMad

  • Program yang berunsur 100% keagamaan – menjurus diri, minda, kekuatan fikiran, akal fikiran serta kekuatan diri yang sangat ampuh.
  • Membina kekuatan rohani dan jasmani.
  • Madu dan kismis merupakan dua eleman makanan yang sangat berkhasiat. Mempunyai serat protin yang amat tinggi. madu dihasilkan oleh serangga daripada pelbagai jenis bunga dan kismis sangat tinggi nilai pasaran. (Lihatlah harganya!!)
  • Menyebut-nyebut nama Allah, Salawat dan Zikrullah adalah tiga elemen yang sangat penting bagi sesaorang untuk berjaya sebagai SOKONGAN BATINIAH kearah tercapai  dan terserlah cita-cita sesaorang itu.
  • Kesemua ayat-ayat yang dibaca adalah Ayat-ayat Allah yang pastinya ada kelebihan dan manafaatnya yang tersendiri. Oleh itu untuk mendapat keberkatannya ditegaskan mesti ada wudhu.

Siapa yang menjalankan?

  • Sejak 1996 hingga kini saya sendiri yang mengetuainya.
  • Guru Agama yang berkrbolehan.
  • Guru-guru lain yang berminat.
  • Murid yang berkebolehan dengan syarat dibimbing dan dituntun.

Penutup
Saya berkeyakinan penuh bahawa program KisMad ini memeng ada keistimewaannya yang tersendiri. buktinya telah terserlah sejak sekian lama. semoga ianya akan terus hidup bagi yang percaya dan yakin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuan Haji Hamim Bin Haji Lahuri
(Guru Besar SK Dumpar Muar)