Berilmu, Beramal, Usaha Dan Jaya
Sejarah Sekolah
![]()

Sekolah Kebangsaan Dumpar mula dibina pada tahun 1930. Ia digunakan pada awal tahun 1931 dengan nama Sekolah Melayu Dumpar Tinggi. Guru Besar pertamanya ialah En. Ibrahim bin Muhamad. Aliran kelasnya bermula dari darjah tiga dan empat. Murid darjah satu dan dua di tempatkan di Sekolah Melayu Dumpar Rendah ( Sekarang ini telah dirobohkan dan berdekatan dengan asrama Sek. Menengah Sultan Abu Bakar).
Semua rekod sekolah ini telah binasa akibat Perang Dunia Ke Dua. Awal tahun 1946 sekolah ini telah dibuka semula dengan nama yang sama. Guru Besar pertama selepas perang ialah En. Johari bin Kecik. Berdasarkan rekod yang ada jumlah murid ketika ini ialah 140 orang.
Prestasi sekolah ini semakin meningkat. Kemunculannya antara tahun 1950 hingga 1956 di mana muridnya telah meningkat hingga 400 orang. Di sekolah ini tempatkan guru terbaik lepasan SITC bagi mengajar bakal-bakal pelajar yang mengambil peperiksaan ke SITC dan guru-guru pelatih. Di antara guru-guru yang pernah berkhidmat di sini ialah Tn. Hj. Manaf bin Long, Tn. Hj. Johari bin Hj. Hassan dan ramai yang lain lagi.
Sistem pendidikan penjajah membuatkan sekolah ini menurun. Dalam tahun 1956, kerajaan telah membuat dua buah sekolah aliran Inggeris iaitu Sek. Ren. Sultan Abu Bakar bagi murid-murid perempuan dan Sek. Ren. Ismail bagi murid-murid lelaki.
Disebabkan persaingan tersebut, Sekolah Kebangsaan Dumpar semakin merosot jumlah muridnya. Puncak kemerosotannya ialah dalam tahun 1980 di mana muridnya hanya tinggal 53 orang. Mulai tahun 1981 mulalah nampak bersinar semula keadaan sekolah ini, walaupun hanya 5 orang tenaga pengajar di kala itu. Alhamdulillah dengan kegigihan Guru Besar ketika itu, Tn. Hj. Yusof bin Yaakob telah berusaha meramaikan murid dengan beberapa usaha menarik.
Dari semenjak itu mulalah bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun hingga ke hari ini. Walaupun dengan mengekalkan bangunan lama yang telah banyak diubahsuai terdapat juga bangunan baru iaitu dua blok bilik darjah, sebuah kantin dan yang istimewa sekali sebuah padang serbaguna untuk aktiviti sukan. Selain seorang Pembantu Tadbir, dua orang Pekerja Rendah Awam dan seorang Jaga. Bilangan muridnya ialah seramai 236 orang dan diharapkan akan bertambah pada tahun-tahun seterusnya. Dengan ini mudah-mudahan sekolah ini akan memajukan ummah ke arah Wawasan 2020.
Pada tahun 2010 ini juga, Sekolah Kebangsaan Dumpar telah mendapat sebuah bangunan baru 3 Tingkat bagi mengantikan bangunan lama yang telah dirobohkan kerana di makan anai-anai. Bangunan ini mempunyai satu dewan serbaguna, sebuah bilik guru, pusat Akses, Pusat Sumber, surau, barisan bilik darjah dan bilik-bilik lain.
Latarbelakang Sekolah
Nama Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Dumpar.
Alamat Sekolah:
Jalan Junid,
84000 Muar,
Johor
Kod Sekolah:
JBA 5018
No. Telefon:
06-9546343
No. Fax:
06-9546343
E-mel: sekdumpar@gmail.com
Nama Guru Besar:
Hj. Hamim Bin Hj. Lahuri
Mula Bertugas: 6 Julai 2003
Gred Sekolah: Gred A
Status Sekolah: Luar Bandar – 7km daripada Pusat Bandar & 6.5km dari PPD Muar
Prasarana & Kemudahan Sekolah:
1) Bangunan Induk (Pej. Pentadbiran, Bilk GB, Bilik-bilik GPK, Bilik Guru, Bilik Pemulihan, Stor Sukan, Darjah 6C, Darjah 5G, Darjah 5C, dan Darjah 6G.
2) Bangunan B (Menempatkan Darjah 4G, Darjah 3G, Darjah 2G, dan Dewan An-Nur).
3) Bangunan C (menempatkan Darjah 1G)
4) Bangunan D (menempatkan murid-murid Pra-SK).
5) Makmal komputer
6) Stor barang KH
7) Garaj Kereta Guru
Garaj Basikal
9) Pondok Pengawal
10) Pondok Menunggu
11) Anjung Sri Dumpar
12) Bangunan kantin
13) Tempat letak Kereta
14) Kawasan permainan para-sekolah
15) Zon merehatkan minda / P&P Luar





